Thursday 29 December 2011

eOperasi 2012

Sila rujuk manual pengguna semasa login

http://apps.moe.gov.my/operasi/

*Setiap guru dikehendaki menyemak dan megemaskini data masing-masing dalam eOperasi dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar mulai Januari 2012

Tuesday 13 December 2011

PENTADBIR DAN GURU SEMUA SEKOLAH DAERAH S.PERAI UTARA

PPD,TPPD Dan semua Pegawai
Unit Pengurusan Akademik
Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Atas Usaha
Cikgu Mendidik Anak-Anak Di Semua Sekolah
Dalam Daerah s.Perai Utara Tahun 2011 Dengan
Bersungguh-Sungguh.
Kami Doakan Semoga Anda Beroleh
Kesejahteraan Dan Kebahagiaan

Makluman Penting

Mulai 27 hingga 30 Disember 2011,
Semua Staf Tidak Dibenarkan Mengambil CUTI REHAT.
Sekian Terima Kasih

Arahan
PENGETUA

Tuesday 4 October 2011

Menjemput Semua Warga SMK Telok Air Tawar

Pengetua SMK Telok Air Tawar Menjemput Guru-Guru Dan Staf Sokongan Untuk Makan Di Kantin Sekolah Esok

Monday 3 October 2011

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH & SEMUA PEGAWAI UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
                                                         MENGUCAPKAN

                           SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
                                              PMR


                                                               KEPADA


                                           SEMUA PELAJAR TINGKATAN TIGA


                      KAMI DOAKAN AGAR ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

Taklimat Borang Pencerapan P&P Guru(Semua Guru Terlibat)

Tempat
  • Bilik Media
  • 2.00 Petang
  • 5/10/2011

Arahan Dari
Penolong Kanan Pentadbiran

Thursday 29 September 2011

Perpindahan Pejabat Daerah Seberang Perai Utara

Dimaklumkan bahawa mulai 27 September(Selasa) semua operasi PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA akan berpindah dari premis 

SK Hashim Awang ke permis baru di PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA,JALAN DUA,13200 KEPALA BATAS.




TEL:04-5757285

FAX:04-5757270

Pertukaran Nama Sekolah Kampong Jawa Kepada Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee

Dengan ini adalah di maklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa,Jalan Timah,10150 Georgetown,Pulau Pinang telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee.Ianya berkuatkuasa serta merta

Monday 19 September 2011

KEJOHANAN PETANQUE BERGU BERTIGA CAMPURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PELAJAR YANG MENYERTAI KEJOHANAN PETANQUE

1. TEH MAIZATUL HAJAR BT MOHD NAZRI
2. MAISARA BINTI GHAZALI
3. NOOR SUHANA BINTI CHE REDZUAN
4. WAN NUR FARHANA BINTI WAN KAMAL
5. ANIS SOFIA BINTI MUHAMAD NOR
6. NOR SHAHLINA BINTI NORMAN SHAH
7. MUHD AFIF HADRI BIN MOHD ZAINI
8. MUHAMMAD KHAIRUL ZAFRI BIN NORMAN SHAH
9. MOHAMAD NOR AZREE BIN NORDIN
10. ZULKAMAL BIN ABDUL LATIF EFENDI

Sekian, terima kasih.

Monday 22 August 2011

Semua guru, kakitangan dan waris
SMK Telok Air Tawar


Assalamualaikum.Saya ingin mengambil kesempatan  untuk mengucapkan  SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN . Pada yang akan balik kampung berhati-hatilah dijalan raya.


Semoga Ramadhan ini memberi kegembiraan InsyaAllah.....
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah.....
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah.....
hati-hati bila pulang ke kampung..... InsyaAllah.....
ingatlah Allah selalu..... jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah....


DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS



Monday 15 August 2011

Semua guru dan kakitangan

PROGRAM POTONGAN GAJI KAKITANGAN AWAM SECARA SUKRELA UNTUK TABUNGAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAMP)

Sesiapa yang ingin membuat potongan tersebut sila dapatkan borang dipejabat. Potongan dibuat melalui gaji setiap bulan.

sekian, terima kasih

Potongan Gaji Sumbangan Wang KWAMP

Semua Guru dan Kakitangan

PROGRAM POTONGAN GAJI KAKITANGAN AWAM SECARA SUKRELA UNTUK 
 TABUNGAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAMP)

Sesiapa yang ingin membuat potongan tersebut melalui potongan gaji sila ambil borang dipejabat.

Sekian, terima kasih.

Thursday 11 August 2011

Pertukaran Guru Januari 2012

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera                                                                                                            Semua Rakan Guru
SMK Telok Air Tawar

         Rakan-rakan guru yang ingin bertukar pada Januari 2012, Sila rujuk Surat siaran pada papan kenyataan di pejabat.

       Harap maklum.

Monday 1 August 2011

Ahlan Ramadhan

Assalamualaikum semua Guru, Staf , PIBG dan Anak-anak Pelajar yang dikasihi,
      Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.  Sama-samalah kita berdoa agar Allah  memberi Rahmat dan Kasih Sayang , Keampunan dan Kita bebas dari Api Neraka.  Disampaikan untuk renungan semua:
        Perkataan yang cantik "ALLAH"
        Lagu yang merdu "AZAN"
        Novel yang indah "AL QURAN"
        Senaman yang baik "SEMBAHYANG"
        Diet yang mujarab "PUASA"

  Terima kasih.  Selamat beramal.

Wednesday 13 July 2011

Kolokium

Salam sejahtera PK Tingkatan 6 , Pn. Norziah dan Pn. Habsah
         Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang membuat persembahan dalam kolokium  yang diadakan pada 13 Julai 2011 di Bilik Media.  Semoga kolokium ini menjadi amalan semua pelajar disekolah ini.

         Sekian , Terima kasih.

Monday 11 July 2011

Laman Utama

Assalamualaikum semua guru dan pelajar,
       Tahniah kepada  Pkhem dan rakan guru yang berjaya menjalankan tugas pada hari ini.  Tahniah kepada anak pelajar yang dapat hadir pada hari ini.
       Terima kasih. Salam sayang .